Deretan elektronik Pengawasan

Masyarakat moden mencipta amaun besar data urus niaga. Pada masa dahulukala, data ini akan didokumentasikan dalan rekod kertas dan ini akan meninggalkan 'deretan kertas' tetapi pada hari ini kebanyakan daripada rekod-rekod ini bersifat elektronik dan sebaliknya 'deretan elektronik' pula dijanakan menggantikan deretan kertas. Data ini boleh digabungkan semula dengan automasi. Setiap kali anda menggunakan mesin perbankan, membayar menerusi kad kredit, menggunakan kad telefon, membuat panggilan dari rumah, atau menghabiskan urusniaga, anda sebenarnya mencipta suatu rekod elektronik. Apabila rekod ini diaggregetkan dan dianalisa, informasi yang terhasil membolehkan identifikasi corak kelakuan individu yang menggambarkan bagaimana gaya kehidupan dan perkerjaan anda.

Satu cara untuk memastikan autonomi dan kebebasan diri dalam dunia berdasarkan kertas adalah melalui urus niaga samaran, sebagai contoh dengan menggunakan wang kertas. Apabila urus niaga dilakukan secara elektronik, samaran ini mungkin telah kehilangan buat selamanya.

Pada hari ini, aggregasi besar maklumat urus niaga digabungkan oleh syarikat-syarikat pemasaran, laporan kredit, dan syarikat aggregasi data yang lain untuk menganalisa kelakuan pengguna supaya syarikat-syarikat boleh menentukan strategi pemasaran atau jualan mereka, atau untuk menimbang "kebolehan mempercayai" pihak lawan dalam urusan perniagaan. Set data ini juga dijual kepada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan lain untuk kegunaan tambahan.

Dengan adanya set data yang besar, penggunaan maklumat urus niaga dipermudahkan untuk pengawasan automatik atau teknik-teknik analisa seperti perlombongan data untuk melaksanakan pengawasan data.